Thursday 31 January 2008

Elyana


Elyana - Kalis Rindu

Desiran daun dihembus angin
Tin kosong dan tong golek ke kaki
Membelah sunyiku
Menonton bayang wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh
Beerti tanpamu
(Bridge)
Babak penantian
Satu ujian
Sekuat mana cinta
(Korus)
Ku tak mungkin
Kalis rindu
Kalis pilu
Bila kau tiada bersamaku
Pendam rindu
Pendam pilu
Hingga kau menjelma ah au…

Berdiri ditingkap merenung ke luar
Lihat kekasih ku yang basah berjalan dalam hujan
Beserta senyuman
Lama ku nantikan
(Ulang bridge & korus)
Sekian detikan waktu berlalu
Di alam berkasih
Menjadi rakaman yang berharga
Tak terharga yang berharga


Elyana - Kau Atau Aku

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

(Korus)
Main tarik tali
Malu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu
(Ulang korus)
Tawa-tawaku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu


Elyana - Pakai Kanta Cinta

Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram macam muram
Bagai ditirai pelangi
Orang yang tak kau kenal
Melemparkan senyuman lambaikan tangan
Cuba pakai kanta cinta
Harimu kan nampak tenang
Jalan hidup depan redup
Jelas tersusun terarah
Orang kecil dan besar
Menghulurkan bantuan menyulam ihsan
Cuba pakai kanta cinta
Hatimu kan rasa senang
Cuba pakai kanta cintamu
Pasti kau kan puas hati
Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram wajah muram
Bagai ditirai pelangi


Elyana - Tak Tercapai Akalmu

Ku congak apa yang di depan ku
Sebelum atur langkah
Ku tahu kan ke mana
Tak mudah aku kan diperdaya
Dengan pujuk dan rayu
Hasut ku ke dunia mu
Sesungguhnya ku
Lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Slalu difikirkan dulu
Biar berdentum langit guntur
Yang menghempap diri ku
Tidak gentarkan tatasusila ku
Yang menggambarkan siapa diri ku
Biarlah bergoncang
Bumi di telapak kaki ku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku
Mungkin sukar tuk difahami
Kerna tak tercapai akal mu
Jangan ku kau sasarkan
Sebagai mangsa
yang kau sang mudah di rebah
Santun ku bukannya ku lemah
Mudahnya merosakkan dari membina
Mencemarkan dari memulia
Tak menghirau dari mengendah
Sesungguhnya ku
Lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Slalu difikirkan dulu
Mungkin sukar tuk difahami
Kerna tak tercapai akal mu
Biar berdentum langit guntur
Yang menghempap diri ku
Tidak gentarkan tatasusila ku
Yang menggambarkan siapa diri ku
Biar bergoncang
Bumi di telapak kaki ku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku
Mungkin sukar tuk difahami
Kerna tak tercapai akal mu
Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai di akal mu

No comments: